Ikuti Blog Ini

Bermalam di Kulim.

Ahad, 11 Mac 2012

Malam ini, saya bermalam di Kulim kerana esok pagi-pagi pengantin akan make-up di pekan Lunas. Susah juga hendak mencari hotel di sini kerana kebanyakan hotel sudah penuh. Kebetulan masa hendak keluar dari bandar ini, saya ternampak papan tanda "Poon Soon Green Park Motel".
Mula-mula rasa ralat juga hendak singgah kerana mungkin namanya kurang komersial. Tapi kalau tidak singgah, di mana pula saya hendak bermalam?
Rupa-rupanya motel ini boleh tahan juga. Ia terdiri daripada beberapa buah rumah berkembar yang diubahsuai menjadi hotel. Dengan harga RM63.60 (siap ada sen), saya dapat menginap di sebuah bilik yang selesa. Siap boleh parkir kereta saya betul-betul di hadapan bilik.

Ni adalah maklumat hotel ini:
Tel: 044917785
Koordinat Garmin: N 05`21.212' E100`32.343'

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini