Ikuti Blog Ini

Makan Tengahari @ Nakhon Sawan dan tiba di Sukhothai

Rabu, 14 Mac 2012

Saya memandu dari Wat Phai Rong Wua ke Sukhothai. Dalam perjalanan, saya melalui beberapa bandar. Antaranya, Suphan Buri.






Seterusnya, saya melalui bandar Chai Nat.






Dalam perjalanan, terdapat banyak lori-lori besar.





Selain itu juga, saya dapati cuaca di sini amat panas dan kering. Terdapat banyak bukit yang hampir kesemuanya mempunyai pokok-pokok dengan daun yang sudah gugur.





Bandar seterusnya yang saya lalui adalah Uthai Thani. Tertera ayat A World Heritage Site. Insya-Allah, saya akan mengembara ke bandar ini pada masa akan datang.






Berikutnya, saya melalui bandar Nakhon Sawan.






Inilah pemandangan bahagian tengah bandar Nakhon Sawan. Kelihatan pasar raya Big C dan kereta kebanggaan negara kita, Proton Persona!






Alhamdulillah. Terdapat restoran muslim di sini. Nama restoran tersebut ialah Kareem Muslim Restaurant.






Ini pula adalah antara menu yang terdapat di sini.





Saya dapati ramai pelanggan di kedai ini meminta nasi beriani. Tetapi kerana risau mata mengantuk masa memandu nanti, saya minta nasi putih, tomyam kung dan yam kung ini.







Berikut ini adalah lokasi kedai makan ini.
Koordinat Garmin: N15 41.92' E100 07.151'
Selepas makan tengah hari, saya meneruskan perjalanan. Kali ini saya melalui bandar Phi Chit.





Saya mengisi minyak lagi sebagai persiapan untuk perjalanan jauh. Saya mengisi minyak di stesen PTT dengan minyak jenis Gasohol E20 sebanyak 1000 Baht. Saya mendapat 26.464 liter minyak.








Selepas itu, saya meneruskan perjalanan ke Sukhothai. Dalam perjalanan saya by-pass bandar Phitsanulok.






Dalam perjalanan, saya melalui bandar Phichit. Saya parkir di tepi kereta untuk membeli cenderamata. Kelihatan imej orang mengayuh bot panjang. Ini menggambarkan bahawa di bandar ini diadakan pertandingan bot saban tahun.



Selain itu, di bandar ini juga terdapat banyak buaya hinggakan replika seperti ini banyak terdapat di tepi jalan. Buaya mengucapkan "Sawaddii, kha".

Dalam pukul 3 petang, saya melalui pintu gerbang ini. Lega sampai juga akhirnya ke destinasi saya iaitu Sukhothai.


Saya meneruskan perjalanan ke hotel yang telah saya tempah awal-awal lagi iaitu di Ban Mo Resort. Hotel ini saya tempah melalui Agoda.com

Lega dapat parkir kereta saya betul-betul di hadapan bilik.













Klip video di bawah ini memaparkan laluan pemanduan saya sehingga ke Sukhothai hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini