Ikuti Blog Ini

Memandu sekitar Si Satchanalai Historical Park

Rabu, 14 Mac 2012

Seterusnya saya ke Wat Chedi Chet Theo yang terletak bersebelahan dengan Wat Chang Lom. Seperti di Sukhothai, terdapat papan tanda yang menunjukkan gambaran asal kuil ini.


Saya dapati di sini terdapat banyak menara yang berlainan dengan kuil-kuil lain di Sukhothai.


Saya tertarik dengan menara ini yang berbentuk teratai yang baru berputik. Di dasarnya terdapat patung Buddha yang batunya sudah mereput. Saya menjangkakan inilah bentuk asal kebanyakan patung Buddha semasa ia ditemui ketika ekskavasi kota bersejarah ini.


Gambar di bawah ini adalah bahagian sisi kuil ini dengan tembok pagarnya. Berbanding Sukhothai, saya dapat batu-batu di sini masih dalam keadaan original dan tidak banyak yang disaluti stuko (stucco).


Seterusnya saya memandu ke Wat Khao Phanom Phloeng yang terletak di atas bukit. Kuil ini hanya dapat dijangkau melalui tangga yang panjang melalui hutan ini.


Bangunan kuil telah dilindungi oleh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain. Saya dapati di sini juga terdapat banyak burung-burung.


Setelah mendaki 112 anak tangga yang curam, saya pun sampai ke puncak bukit. Beginilah pemandangan dari atas. Saya dapat melihat keseluruhan Si Satchanalai Historical Park.


Di kuil ini terdapat patung Buddha yang besar ini.


Saya dapati banyak sisa lilin berwarna yang sudah cair di sini.


Terdapat juga sebuah rumah berhala kecil di sebelah kiri kuil ini. Saya tidak pasti fungsi rumah ini tetapi semasa meninjaunya, saya ternampak seekor kala jengking. Lalu, saya pun terus turun ke bawah.

Seterusnya saya ke Wat Suan Kaew Utthayan Noi. Kelihatan dewan sembahyang yang masih utuh dan juga menara berbentuk putik teratai di belakangnya.

Kebanyakan bumbung bangunan lain di Si Satchanalai telah runtuh dan tinggal tiang sahaja. Tetapi bumbung dewan kuil ini masih utuh. Atas sebab itulah saya tertarik untuk mengunjunginya.


Walaupun bangunan itu agak dipelihara dengan baik, patung Buddha di dalamnya berada dalam keadaan yang sudah rosak.


Seterusnya saya ke Wat Nang Phya.
Mercu tanda kuil ini adalah motif stuko pada dinding viharn yang dipelihara baik. Saya dapati motifnya terdiri daripada corak hiasan bunga. Bumbung dibina untuk memeliharanya.

Bangunan yang penting pada kuil ini adalah Chedi bentuk loceng yang dibina di atas satu ruang pejalan kaki yang panjang.



Terdapat tangga untuk naik ke atas.


Seterusnya saya memandu dengan melalui kawasan hutan ini.


Kebanyakan daun tengah gugur dari pepohon.


Sebaik keluar dari kompleks kota bersejarah ini, saya ternampak kedai-kedai menjual barangan antik.


Saya pun parkir kereta di tepi jalan.


Selepas itu saya pun memandu ke Wat Mahathat. Dalam perjalanan saya singgah ke Wat Chao Chan yang terletak agak jauh dari jalan utama. Saya perlu melalui lorong yang kecil untuk ke sana. Saya parkir kereta saya di tepi kuil yang sunyi ini. Tiada seorang pelancong pun di sini pada ketika ini.


Di kuil ini terdapat menara dengan rekabentuk yang sama yang terdapat di Lopburi. Di hadapannya terdapat patung Buddha yang batunya sudah terhakis


Di sebelah kanan kuil terdapat viharn yang tidak berbumbung. Di hujung viharn, terdapat patung Buddha yang sudah "cair" akibat cuaca.


Selepas melawat, saya pun memandu ke Wat Mahathat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini