Ikuti Blog Ini

Tiba di Bukit Kayu Hitam

Isnin, 12 Mac 2012

Selepas habis saja shooting majlis perkahwinan di Bakai, Kedah, saya pun meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam untuk masuk ke Thailand. Sebelum itu saya singgah di Alor Setar untuk menyimpan kamera dan peralatan di rumah seorang rakan di situ.
Seterusnya, saya pun memandu menuju ke Bukit Kayu Hitam. Dalam perjalanan ke sana, saya singgah di Changlun untuk membuat insurans kereta untuk ke Thailand. Gambar di bawah ini adalah kedai tempat saya membuat insurans tersebut.


Harga insurans tersebut adalah RM16 untuk 9 hari.

Seterusnya saya ke kedai Lima dan Lima untuk menukar wang. Kedai ini terletak di Changlun.


Di dalam kedai ini terdapat pengurup wang. Kadar tukaran wang RM ke Baht di sini pun OK. Dengan RM100, saya mendapat 1050 baht. Jika di KL, tak sampai pun 1000 baht.


 

Seterusnya saya ke stesen BHP Petrol, stesen minyak paling utara dan mengisi minyak penuh-penuh. Ini kerana, minyak di Thailand sangat mahal.
Jam 5.30 petang saya tiba di Bukit Kayu Hitam dan bersedia untuk memasuki negara Thai.

Berikut ini adalah laluan saya tadi.


Bakai-Bukit Kayu Hitam


EveryTrail - Find hiking trails in California and beyond
Jarak: 151 km
Jarak sudah dilalui: 813 km

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini