Ikuti Blog Ini

Senjakala di Sukhothai dan bermalam

Rabu, 14 Mac 2012

Menjelang senja, saya memandu ke bahagian Barat dan melawat ke Wat Saphan Hin yang terletak di atas bukit setinggi 200 meter ini.


Dalam bahasa Thai, "saphan" bermaksud jambatan. Yang dimaksudkan adalah jambatan ini yang menuju ke puncak.

Di wat ini terdapat sebuah patung Buddha dalam keadaan berdiri.





Dari puncak bukit ini juga, saya dapat melihat pemandangan yang indah sekali. Kelihatan kereta saya diparkir di kaki bukit.




Terdapat juga papan tanda peringatan ini. Bila baca dengan teliti, rasa kelakar pula bila ada pula yang menambah.


Semasa dalam perjalanan turun, saya ternampak banyak susunan batu yang rapi seperti ini.



Saya kemudian menyusuri jalan dan meninjau beberapa wat dari dalam kereta semasa hari mulai gelap.

Menjelang malam, saya bergambar kenangan bersama kereta saya di hadapan papan tanda ini.

Inilah malam terakhir saya di Sukhothai. Saya balik ke hotel dan parkir kereta betul-betul di hadapan bilik. Semasa di bilik, saya mengemaskini blog ini.


Esok saya akan ke Si Satchanalai sebelum menuju ke Bangkok. Di bawah ini adalah peta laluan saya sejak dari pagi hinggalah di lokasi terakhir di Wat Saphan Hin



Ayutthaya-Sukhotai



Jarak: 536 km
Jarak sudah dilalui: 2446 km

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini