Ikuti Blog Ini

Wat Chang Lom, Si Satchanalai

Rabu, 14 Mac 2012

Sebaik melintasi Taomo City Gate, terdapat kaunter tiket untuk memasuki kompleks bersejarah Si Satchanalai. Harga tiket 100 Baht seorang dan memandangkan saya memandu kereta, saya dikenakan caj 50 Baht lagi. Penjaga kaunter itu agak terkejut apabila mendapati kereta saya adalah kereta asing.
Lokasi pertama yang saya kunjungi di sini ialah Wat Chang Lom yang terletak di tengah kota bersejarah ini.


Bangunan bersejarah yang paling penting di kuil ini adalah Chedi utamanya dalam gaya Sri Lanka.


Seperti Wat Chang Lom di Sukhothai, asas kuil terdiri daripada ukiran gajah. Terdapat 39 gajah yang tegak berdiri mengelilingi kuil ini.


Di bahagian bawah Chedi terdapat patung-patung Buddha.




Gambar di bawah ini adalah pemandangan Wat Chang Lom dari jauh.



Main Chedi, Wat Chang Lom, Si Satchanalai Historical Park, Sukhothai in Thailand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini