Ikuti Blog Ini

Wat Mahathat, Sukhothai.

Rabu, 14 Mac 2012

Hari ini, awal-awal lagi saya sudah bangun. Saya pun memandu ke Sukhothai Historical Park. Memandangkan jarak dari hotel saya ke Sukhothai Historical Park, cuma 5 km saja, jam 6.15 pagi saya sudah pun berada di pintu masuknya. Kelihatan kaunter tiket masuk kosong dan tiada orang. Nasib baik pintu pagar ke Sukhothai Historical Park terbuka, saya pun memberanikan diri memandu masuk ke dalam bersama-sama kereta saya. Sebaik saja saya masuk, saya ternampak kompleks candi yang besar. Inilah Wat Mahathat.





Wat Mahathat ini dipercayai dibina dalam kurun ke-13. Gambar di bawah ini menunjukkan viharn utamanya.






Di viharn utamanya terdapat satu patung Buddha yang besar. Tiang-tiang yang terpacak ini adalah penyokong kepada bumbung viharn yang telah lama runtuh atau dimamah usia.





Saya dapati tiang-tiang ini disaluti simen untuk memeliharanya. Di sebalik simen itu kelihatan batu asal yang menjadi tiang dan bahan binaan di Wat Mahathat.





Gambar ini pula adalah pemandangan di sebelah kanan Wat Mahathat. Kelihatan tasik dan chedi-chedi.





Di sekeliling Wat Mahathat juga terdapat banyak patung-patung Buddha yang besar dan kecil. Saya tertarik dengan patung Buddha ini yang kelihatan sedang memegang kepala Buddha lain. Saya menjangkakan ini adalah satu kerja vandalisme yang dilakukan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.





Ini pula adalah salah satu daripada 2 patung Buddha yang tinggi yang terdapat di Wat Mahathat.




Di satu sisi pula, terdapat ruangan kosong yang pada masa dahulu menempatkan patung Buddha. Saya menjangkakan patung tersebut rosak, dicuri ataupun dimusnahkan semasa peperangan.
Gambar ini pula saya rasa adalah deretan sami-sami Buddha



Selain itu, terdapat juga patung-patung lain antaranya gajah, naga dan sebagainya.



Kebanyakan patung gajah di sini, belalainya sudah terpotong sama ada memang rosak atau sengaja dirosakkan. Selain itu, patung yang mendukung patung ini juga menarik perhatian saya.




Apa yang menarik di sini adalah gambaran artis dan jurutera tentang keadaan asal Wat Mahathat. Ia ditunjukkan dengan jelas pada papan tanda yang diletakkan. Jadi pengunjung boleh membayangkan keadaan pada zaman tersebut.








Sesungguhnya kompleks Wat Mahathat ini sahaja sudah cukup luas.



Seperti Angkor Wat, wat ini juga dikelilingi oleh moat.
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini