Ikuti Blog Ini

Tamatnya Perjalanan China-Vietnam 2012

Selasa, 25 Disember 2012

Tamatlah perjalanan selama 6 hari melalui 5 bandar utama dengan merentasi 2 negara. Dalam trip kali ini, saya telah menaiki 8 perjalanan dengan bas tambang.

No Stesen Asal Destinasi Tambang
1 Yinhu Dapeng 20 Yuan
2 Dapeng Fortress Dapeng 2 Yuan
3 Dapeng Yinhu 20 Yuan
4 Yinhu Shenzhen Railway Station 2 Yuan
5 Guilin Yangi Lukou 20 Yuan
6 Yangdi Lukuo Yangdi Pier 3 Yuan
7 Xing Ping Yang Shou 10 Yuan
8 Yang Shou Guilin 18 Yuan

Saya juga telah berada di dalam 4 perjalanan kereta api yang keseluruhannya memakan masa 48 jam sejauh 2648 km.
Berikut ini adalah ringkasan perjalanan kereta api saya kali ini.

No Stesen Asal Destinasi Masa Bertolak Masa Sampai Jumlah Jam Jarak
1 Shenzhen Guilin 05:46 PM 09:30 AM 14 1030 km
2 Guilin Nanning 09.17 AM 05.30 PM 08 431 km
3 Nanning Hanoi 06.20 PM 05.00 AM 10 396 km
4 Hanoi Danang 06.15 AM 10.30 PM 16 791 km

Melawat Marble Mountains dan Balik Malaysia

Selepas melawat Hoi An, pemandu membawa saya ke Marble Mountains yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari pekan lama tersebut. Terdapat lif untuk naik ke atas bukit dengan bayaran 15,000 Dong (RM 2.50)

Dari bahagian atas bukit kelihatan jelas pantai Danang.

Pantai Danang
Pekan yang banyak perusahaan ukiran batu marmar
Di puncak bukit ini juga terdapat satu pagoda yang besar.

Juga terdapat beberapa gua.

Saya cuma meluangkan masa 15 minit di sini kerana perlu bergegas ke lapangan terbang kerana penerbangan pulang adalah pada jam 4:00 petang.

Bergambar bersama pemandu
Pemandu pun membawa saya ke lapangan terbang antarabangsa Danang. Pukul 2:10 petang saya tiba di lapangan terbang.

Tepat jam 4:00 petang, kapal terbang meninggalkan Danang.

Semasa kapal terbang meninggalkan Danang saya dapat melihat dengan jelas sisa-sisa tinggalan perang Amerika dahulu.

Pemandangan Danang dari udara

Hari 6: Old Town of Hoi An

Isnin, 24 Disember 2012

24 Disember 2012

Hari ini adalah hari terakhir trip saya ke China dan Vietnam. Seawal jam 8:00 pagi saya sudah bersarapan.

Kopi Vietnam yang dihidangkan bersama teh
Selesai sarapan, saya menanyakan kaunter reception hotel mengenai tempahan kenderaan ke pekan purba Hoi An, Marble Mountain dan terus ke lapangan terbang. Dia bersetuju dengan caj 700,000 Dong. Kemudian saya pun kembali ke bilik dan terus mengemas barang dan check-out hotel.

Jam 9:00 pagi pemandu membawa kami ke Hoi An
Dalam kenderaan ke Hoi An
Pantai Danang yang bergelora
40 minit perjalanan, saya pun tiba di Hoi An. Pemandu menunggu di kereta sementara kami melawat pekan lama ini.

Sebelum memasuki pekan lama, saya singgah di gerai menjual tanglung. Harganya murah-murah belaka dan boleh ditawar lagi.

Kemudian saya pun berjalan kaki menuju ke pekan lama.

Bergambar berlatar belakangkan pekan lama dan jambatan Jepun
Logo Hoi An menggunakan simbol Japanese Bridge yang terdapat di sini
Kemasukan ke kawasan bersejarah Hoi An adalah menerusi sistem kupon yang berharga 90,000 Dong yang boleh digunakan untuk melawat mana-mana 5 tempat menarik. Selepas membeli tiket, saya melawat Japanese Covered Bridge ini.

Pintu masuk ke Japanese Bridge
Di atas Japanese Covered Bridge
Jambatan ini dibina oleh Jepun pada awal 1600-an yang merupakan simbol Hoi An.

Kemudian saya melawat tempat-tempat lain yang kebanyakan merupakan kedai perniagaan.

Bersama penjaja buah
Ukiran dari kayu. Menarik
Jualan cenderamata
Di belakang saya, wanita berpakaian tradisional Vietnam
Di salah sebuah rumah lama
Kedai pakaian. Suit boleh ditempah dan siap tidak sampai 24 jam!
Kebanyakan kedai-kedai di sini menjual cenderamata, pakaian dan hiasan.

Di hadapan Chinese Meeting Hall
Di sini juga terdapat Central Market yang menjual pelbagai keperluan harian.

Central Market
Barangan yang dijual di Central Market
Saya meneruskan lawatan di pekan Hoi An ini. Saya tertarik dengan bumbung yang berlumut di kedai-kedai ini.

Beca
Cenderamata yang dijual
Kemudian saya melawat ke Tan Ky house ini yang menggabungkan seni reka tradisional Cina dan Jepun. Setiap kali masuk, kupon akan dikoyakkan daripada tiket.

Selepas meninggalkan Hoi An, saya merakamkan sekali lagi simbol pekan lama ini.

Japanese Covered Bridge
Jam 12:50 petang, saya kembali ke kereta. Sedar tak sedar, sudah 3 jam saya di sini. Pemandu kemudiannya membawa kami ke Marble Mountains.

 

Popular Masa Kini