Ikuti Blog Ini

Bermalam di Yang Shou yang dingin

Jumaat, 21 Disember 2012

21 Disember 2012

Jam 3:15 petang saya tiba di pekan Yang Shou. Sebaik turun dari bas, saya didatangi seorang wanita yang menawarkan hotelnya dengan harga 100 Yuan. Dia turut menunjukkan peta dan gambar hotelnya. Saya pun bersetuju dan mengikutnya.

Memanaskan tangan dengan heater sebelum check-in hotel
Saya rasa hotel ini berpatutan dengan harganya. Lengkap dengan TV dan katil yang terdapat heater. Rekabetuk dalamannya juga menarik yang berciri Cina tradisional.

Katil dilengkapi heater
Selepas check-in dan berehat sebentar, saya keluar ke pekan Yang Shou untuk mencari makanan kerana sedari tadi lagi belum makan tengah hari.

Di tengah pekan Yang Shou
Mencari restoran halal
Menarik rekabentuk bangunan ini

Alhamdulillah, berjumpa juga dengan restoran halal ini.


Menu di dinding yang menjadi panduan memilih makanan serta tong sampah yang disediakan
Pembuat roti
Selepas makan, saya bersiar-siar sekitar pekan Yang Shou.


Jam 6:00 petang, hari mulai gelap. Pada musim sejuk, hari cepat gelap di sini.


Gambar diambil jam 6:15 petang
Hujan gerimis di Yang Shou
Jam 9:00 malam, saya pun kembali ke hotel dan bersiap untuk tidur. Esok seawal jam 6:00 pagi, saya perlu kembali ke Guilin untuk mengejar kereta api ke Nanning jam 9:15 pagi.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini