Ikuti Blog Ini

Hari 5: Seharian dalam Kereta Api Hanoi ke Danang

Isnin, 24 Disember 2012

23 Disember 2012

Jam 4:50 pagi, kereta api tiba di Hanoi.

Tiba di stesen Gia Lam, Hanoi
Sebaik turun dari tren, saya merasakan stesen ini berbeza dari Stesen Kereta Api Hanoi yang pernah saya sampai 2 tahun lalu. Rupa-rupanya tren ini berhenti di stesen lain iaitu Gia Lam yang terletak kira-kira 5km dari Stesen Kereta Api Hanoi. Ini kerana landasan tren dari China adalah lebih lebar dari landasan tren di stesen Hanoi. Patutlah tren China tidak terhoyong-hayang sangat.

Papan tanda di sini tren menyatakan stesen Gia Lam
 

Sebaik keluar dari stesen ini, saya didatangi pemandu teksi yang menanyakan destinasi kami. Saya memberitahunya mahu ke Ga Ha Noi (stesen kereta api Hanoi). Dia memberitahu tambangnya USD 15. Saya tidak membawa dollar Amerika dan memintanya tambang dalam matawang Vietnam. Dia memberitahu saya 300,000 Dong. Saya tidak dapat mencongkak berapakah nilainya dalam Ringgit Malaysia dalam keadaan baru bangun tidur dan baru bertukar negara.

Dengan aplikasi Currency+ ini saya cuba menyemak tambangnya dalam ringgit.

Apa? RM45 untuk perjalanan 5km. Memang cekik darah. Tiba-tiba datang seorang penunggang motorsikal. Saya merasakan dia adalah pemandu tuk-tuk. Saya menanyakan sama ada dia bersetuju untuk membawa saya dan rakan ke Ga Ha Noi dengan tambang 100,000 Dong. Dia macam teragak-agak dan pemandu teksi tadi ada mengatakan sesuatu kepada dalam bahasa Vietnam. Dari perbualannya, saya merasakan pemandu teksi itu macam menghalang dia mengambil kami untuk ke stesen kereta api. Saya makin risau kerana tren ke Danang akan berlepas jam 6:15 pagi.

Datang pula seorang pemandu tuk-tuk, dia nampak agak tegas. Dia tanya destinasi kami dan bersetuju untuk membawa saya dan rakan ke Ga Ha Noi dengan 2 motorsikal dengan tambang 100,000 Dong dikongsi mereka. Saya pun terus membonceng motorsikal tersebut dan meninggalkan pemandu teksi tadi terkulat-kulat. Dalam perjalanan ke situ, saya terpaksa menahan kesejukan subuh apatah lagi berada atas motorsikal.

Jam 5:30 pagi saya tiba di Ga Ha Noi.

Bergambar di hadapan Stesen Kereta Api Hanoi
Sebaik masuk ke dalam stesen, terdapat kaunter khas yang dibuka untuk perjalanan awal pagi. Saya pun terus membeli tiket soft-seat ke Danang. Tambangnya adalah 534,000 Dong (RM 80).

Tren saya adalah SE7 yang berlepas jam 6:15 pagi
 

Selepas membeli tiket, saya pun terus ke kereta api. Tren ini merupakan perjalanan tren yang keempat dalam trip kali ini. Perjalanan selama 16 jam sejauh 791 km.




Bergambar di lokomotif

Tren Hanoi - Saigon
 

Tren berlepas dari Hanoi jam 6:15 pagi dan dijangka tiba di Danang jam 9:30 malam.

Keadaan koc soft-seat.
Tepat jam 6:15 pagi, tren pun meninggalkan stesen Hanoi. Saya terasa lapar. Rasa rugi pula tidak membeli roti semasa didatangi penjaja di luar stesen Hanoi tadi. Dalam perjalanan, pelayan kafe datang ke gerabak sampai menjual makanan dan minuman.

Sarapan pagi dalam tren. Kopi Vietnam, popcorn dan telur rebus
Dalam perjalanan tren singgah beberapa stesen utama.

Pukul 7:15 pagi

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil dari dalam tren.

Rumah Vietnam kebanyakannya lonjong
Lintasan kereta api
 

Lokasi tren pada pukul 9:45 pagi
 

Bosan duduk di koc, saya pun berjalan dari gerabak ke gerabak ke koc kafe. Saya melalui koc hard-seat ini. Betul-betul hard tempat duduknya.

Hard-seat
Di koc kafe, saya memesan kopi Vietnam. Saya sememangnya amat menyukai kopi Vietnam sejak merasainya di negara ini 2 tahun lalu.

Kesejukan di koc kafe
Kopi Vietnam terbaik
Pelayan kafe yang ramah
Kemudian saya pun kembali ke tempat duduk. Tren melalui kawasan kampung. Saya mengisi masa dengan mengambil gambar.

Pukul 10:10 pagi
Jam 11:00 pagi, makan tengah hari dihidangkan dalam tren. Saya sekadar tengok saja.

Lokasi tren pada pukul 12:18 petang
 

Jam 12:30 tengah hari, tren berhenti singgah di stesen ini. Perut dah mula terasa lapar.

Saya mengambil kesempatan untuk turun dan membeli roti perancis dan mi segera.

 

Jam 12:40 tengah hari, mi segera ini menjadi makan tengah hari saya.

Kemudian tren melalui kawasan luar bandar dan kawasan pergunungan.



Jam menunjukkan pukul 2:00 petang, sudah hampir 8 jam saya berada di dalam tren ini. Saya dikejutkan dengan bunyi dentuman di bahagian tengah tren. Rupanya tingkap kereta api pecah mungkin dibaling batu.

Untuk menghilangkan rasa bosan saya berjalan ke gerabak lain.

Koc soft-sleeper
Koc hard-sleeper
Empangan
Tren melalui kawasan tepi sungai
Tren melalui kawasan pergunungan
Kawasan perkampungan Vietnam
 

Lokasi tren pada pukul 6:14 petang
Koc saya mulai penuh semasa tren singgah di stesen Hue. Di sini ramai pelancong asing naik.

Lokasi tren pada pukul 9:31 malam
 

Setelah lebih 16 jam di dalam tren, akhirnya pada pukul 10:30 malam, saya tiba di Danang. Di sini ramai pelancong asing naik dan turun tren.

Selamat tiba di Danang
Stesen kereta api Danang
Di luar stesen kereta api, teksi telah sedia menunggu. Adakah bala lagi untuk tawar-menawar tambang? Sangkaan saya meleset. Pemandu teksi di sini ramah dan mereka sedia menggunakan meter.

Teksi di luar stesen tren Danang
Meter teksi di sini bermula dengan 10,000 Dong. Perjalanan saya dari stesen tren ke hotel pada malam ini adalah 70,000 Dong (RM 11). Saya menginap di Danasea Hotel yang telah saya tempat di agoda.com.

Saya amat menyukai hotel ini, penjaga kaunternya ramah serta mereka menyediakan kenderaan untuk tempat-tempat menarik sekitar Danang. Highly recommended.

Sebelum tidur, saya mandi terlebih dahulu. Saya mabuk kereta api.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini