Ikuti Blog Ini

Hari 6: Old Town of Hoi An

Isnin, 24 Disember 2012

24 Disember 2012

Hari ini adalah hari terakhir trip saya ke China dan Vietnam. Seawal jam 8:00 pagi saya sudah bersarapan.

Kopi Vietnam yang dihidangkan bersama teh
Selesai sarapan, saya menanyakan kaunter reception hotel mengenai tempahan kenderaan ke pekan purba Hoi An, Marble Mountain dan terus ke lapangan terbang. Dia bersetuju dengan caj 700,000 Dong. Kemudian saya pun kembali ke bilik dan terus mengemas barang dan check-out hotel.

Jam 9:00 pagi pemandu membawa kami ke Hoi An
Dalam kenderaan ke Hoi An
Pantai Danang yang bergelora
40 minit perjalanan, saya pun tiba di Hoi An. Pemandu menunggu di kereta sementara kami melawat pekan lama ini.

Sebelum memasuki pekan lama, saya singgah di gerai menjual tanglung. Harganya murah-murah belaka dan boleh ditawar lagi.

Kemudian saya pun berjalan kaki menuju ke pekan lama.

Bergambar berlatar belakangkan pekan lama dan jambatan Jepun
Logo Hoi An menggunakan simbol Japanese Bridge yang terdapat di sini
Kemasukan ke kawasan bersejarah Hoi An adalah menerusi sistem kupon yang berharga 90,000 Dong yang boleh digunakan untuk melawat mana-mana 5 tempat menarik. Selepas membeli tiket, saya melawat Japanese Covered Bridge ini.

Pintu masuk ke Japanese Bridge
Di atas Japanese Covered Bridge
Jambatan ini dibina oleh Jepun pada awal 1600-an yang merupakan simbol Hoi An.

Kemudian saya melawat tempat-tempat lain yang kebanyakan merupakan kedai perniagaan.

Bersama penjaja buah
Ukiran dari kayu. Menarik
Jualan cenderamata
Di belakang saya, wanita berpakaian tradisional Vietnam
Di salah sebuah rumah lama
Kedai pakaian. Suit boleh ditempah dan siap tidak sampai 24 jam!
Kebanyakan kedai-kedai di sini menjual cenderamata, pakaian dan hiasan.

Di hadapan Chinese Meeting Hall
Di sini juga terdapat Central Market yang menjual pelbagai keperluan harian.

Central Market
Barangan yang dijual di Central Market
Saya meneruskan lawatan di pekan Hoi An ini. Saya tertarik dengan bumbung yang berlumut di kedai-kedai ini.

Beca
Cenderamata yang dijual
Kemudian saya melawat ke Tan Ky house ini yang menggabungkan seni reka tradisional Cina dan Jepun. Setiap kali masuk, kupon akan dikoyakkan daripada tiket.

Selepas meninggalkan Hoi An, saya merakamkan sekali lagi simbol pekan lama ini.

Japanese Covered Bridge
Jam 12:50 petang, saya kembali ke kereta. Sedar tak sedar, sudah 3 jam saya di sini. Pemandu kemudiannya membawa kami ke Marble Mountains.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini