Ikuti Blog Ini

Meninggal Shenzhen dan bertolak ke Guilin

Jumaat, 21 Disember 2012

20 Disember 2012

Jam 2:00 petang, saya pun check-out hotel dan menaiki bas ke Stesen Kereta Api Shenzen kerana tren ke Guilin akan bertolak jam 5:46 petang. Dari hotel saya menaiki bas ke situ. Dalam perjalanan ke situ, saya sempat merakam beberapa gambar dari dalam bas.

Untuk mengetahui sama ada saya tiba di destinasi, saya menggunakan applikasi Waze ini.

Sebaik tiba di perhentian bas bersebelahan Stesen Kereta Api Shenzen, perut saya terasa lapar. Saya cuba mendapatkan lokasi makanan halal dengan bantuan foursquare dan aplikasi Waze. Alhamdulillah, saya berjaya menjumpai restoran halal ini yang terletak tidak jauh dari Stesen Kereta Api Shenzen.

Disebabkan menu di restoran ini semuanya bertulisan Cina, saya memilih makanan berdasarkan gambar yang terdapat di dinding ini.

 

Di bawah ini adalah gambar makanan tengah hari saya di sini.

Muka kelaparan
Selesai makan, saya pun bergerak semula ke Stesen Kereta Api Shenzen.

Kelihatan ramai orang sedang mundar-mandir di hadapan Stesen Kereta Api ini.


Saya sempat melawat plaza membeli-belah yang terletak bersebelahan Stesen Kereta Api Shenzen. Namun tindakan tout yang cuba memancing saya untuk ke kedainya telah menghilangkan mood saya di sini. Apa yang menarik, dia cuba memancing saya dengan berbahasa Malaysia.

Ramai yang mengusung kotak dengan troli
 

Tren saya adalah bernombor K952. Gambar di bawah ini diambil di Long Distance Train Waiting Room.

Bersabar mengunggu tren

Tren tiba tepat waktunya. Ini adalah perjalanan pertama saya dengan kereta api dalam trip kali ini. Perjalanan ini memakan masa 14 jam sejauh 1,030 km.

Bergambar di luar tren sebelum berlepas ke Guilin
 

Berdasarkan tiket yang dibeli semalam, ini adalah berth tempat tidur saya. Hard-sleeper tiga tingkat yang tambangnya 250 Yuan.

Tepat pukul 5:46 petang, tren meninggalkan Shenzhen.

Lokasi berth saya adalah yang paling atas.

Kad tiket
 

Saya dijangka tiba di Guilin jam 7:30 pagi esok. Dalam perjalanan, tren singgah di beberapa stesen besar antaranya Guangzhou di mana ramai penumpang naik dan koc mulai penuh.

Jam 6:50 ptg, tren menghampiri Guangzhou dengan kelajuan hampir 120 km/j
 

Masa untuk tidur.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini