Ikuti Blog Ini

Bermulanya perjalanan Japan 2013

Khamis, 12 Disember 2013

12/12/13 Hari Pertama
Hari ini bermulalah perjalanan saya ke Jepun. Flight yang pada asalnya jam 2:40 ptg telah ditunda ke pukul 4:20 ptg. Jadi saya ada banyak masa di sebelah pagi. Perkara pertama yang akan saya lakukan adalah mengambil alat portable wifi yang telah saya booking tempoh hari.

Harga sewaan alat ini untuk seminggu adalah RM200. Saya juga perlu meletakkan deposit sebanyak RM600 yang akan dipulangkan apabila alat ini dikembalikan kelak.
Selepas mendapatkan alat tersebut, saya pun terus ke LCCT. Tak sabar rasanya untuk terbang ke negara matahari terbit ini.

Sementara menunggu, saya sempat meninjau keadaan di Snow Monkey Park yang dirakam melalui live webcam yang terdapat di situ.
 

Saya teruja melihat kawasan tersebut telah diseliputi salji. Jika korang nak melihat live webcam tersebut, boleh klik di sini.
Jam 3:30 petang, saya pun masuk ke Balai Berlepas. Air Asia berbaik hati memberikan air mineral dan kek ini atas kelewatan flight saya.

Jam 4:20 petang nanti, saya bersedia untuk berlepas.

Di Balai Berlepas Air Asia X
Penerbangan saya berlepas jam 4:30 ptg.

Dalam penerbangan, saya memilih untuk makan Chicken Teriyaki ini sebagai makan malam.

Jam 7:33 waktu Malaysia, penerbangan saya menghampiri Filipina. Masih jauh lagi untuk tiba di Tokyo.


Penerbangan selama 8 jam ini diisi dengan berjalan-jalan di dalam kapal terbang.
 
Menjelang pukul 10:16 waktu Malaysia, kapal terbang saya menghampiri negara Jepun. Daripada pengumuman yang dibuat oleh pilot, penerbangan dijangka tiba di Tokyo dalam setengah jam lagi.



Kira-kira pukul 12:50 pagi Waktu Jepun, saya mendarat di Haneda Airport.


Sempat bergambar di sekitar bangunan terminal sebelum tidur.



Saya tertarik dengan tandas yang automatik sepenuhnya.


Di samping itu, di sini juga terdapat shower room. Bayarannya adalah 1000 Yen untuk 30 minit.


Menjelang pukul 2:00 pagi, saya cuba melelapkan mata di lapangan terbang ini. Ramai juga penumpang lain yang bermalam di sini. Kerusinya pun selesa untuk tidur.



4 ulasan

  1. Assalamualaikum Rizal ..Selamat berkembara di Jepun.

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam... Terima kasih. Saya dah balik pun ni... dan dah tulis sket Travelog tempoh hari. kalau sudi, baca la.

    BalasPadam
  3. saudara rizal, bila dah tak perlu visa ni. apa yang perlu kita hadapi bila berurusan dengan immigration jepun (^_^

    BalasPadam
  4. tak ada.... proses di kaunter imigresen jepun hari tu pun mudah jer. Mereka hanya ambil arrival card kita dan pastikan no telefon hotel di tulis pada kad arrival tu.

    BalasPadam

 

Popular Masa Kini