Ikuti Blog Ini

Bullet train ke Nagano dan monyet salji yang pemalu

Ahad, 15 Disember 2013

15/12/2013
Awal pagi lagi, selepas check-out hotel, saya berjalan kaki ke stesen Shinjuku. Dari situ, saya menaiki tren ke stesen Omiya.

  

Lebih kurang jam 8:20 pagi, saya pun tiba di stesen Omiya.


Setibanya di Omiya, saya bersarapan dahulu.

 

Selepas itu, saya pun naik ke platform dan  menunggu shinkansen (bullet-train). Di bawah ini adalah tiket ke Nagano yang telah saya beli semasa di stesen Tokyo dua hari lepas. Tambangnya adalah ¥ 6,290
 
 Selepas bersarapan, saya pun naik ke plaform untuk menunggu bullet-train tersebut ke Nagano.

Rasa teruja melihat shinkansen ulang-alik di stesen ini menurun dan mengambil penumpang ke pelbagai destinasi.


Bullet train tiba tepat pada masanya.

Sebaik saja sampai, saya pun terus masuk ke dalam kerana tren hanya berhenti sekejap sahaja.


Dalam perjalanan, saya dapat merasai sendiri kelajuan tren kebanggaan Jepun ini. Di bawah ini adalah kelajuan maksimum tren ini yang sempat saya rakam menggunakan iPad saya.


Semakin jauh perjalanan tren, saya melihat kawasan pergunungan yang diliputi salji.


Jam 10:18 pagi, saya tiba di stesen Nagano. Dari Nagano, saya menaiki tren Dentecu ke Yudanaka.



Saya bernasib baik kerana dapat menaiki tren ekspres ini dengan tingkap panorama. Dalam perjalanan, tren melalui kawasan perkampungan.
 



Semakin jauh perjalanan, kelihatan kawasan perkampungan diselimuti salji yang semakin tebal.

 

 

 


Jam pagi, saya tiba di stesen Yudanaka. Setibanya di sini, saya mencari tempat untuk menyimpan beg. Mujur stesen ini ada menyediakan tempat menyimpan beg dengan bayaran ¥ 300 bagi setiap beg.



Dari sini, saya menunggu bas ke Kanbayashi Onsen. Tambang sehala adalah ¥ 250. Sementara menunggu bas, saya teruja melihat salji yang meliputi kenderaan dan jalan raya.



Bas tiba tepat pada waktunya. Dalam perjalanan, bas berhenti di beberapa hentian. Sebelum hentian, terdapat pengumuman nama stesen dalam bahasa Jepun dan Inggeris. Jadi saya tidak perlu risau akan terlepas hentian.



Perasaan saya semakin teruja melihat salji yang semakin tebal. Sebaik turun dari bas saya merasai salji nipis turun sekali-sekala.



Dari hentian bas, saya perlu berjalan kaki ke Snow Monkey Park.




Kelihatan papan tanda yang menyatakan jarak ke Snow Monkey Park sejauh 1.6 km lagi.

Saya terpaksa menggagahkan kaki melangkah dalam suasana dingin dan laluan yang penuh salji.




Sebelum tiba di taman monyet, saya singgah di sebuah cafe untuk memanaskan badan sambil menghirup hot chocolate yang dihidangkan bersama snek ringkas.



Selepas itu saya pun meneruskan perjalanan.



Tidak lama selepas itu, saya pun tiba di Snow Monkey Park. Kelihatan beberapa ekor monyet sedang bermain salji.


Monyet di sini jinak belaka dan kebanyakannya tidak memperdulikan manusia.


Untuk masuk ke taman monyet ini, saya perlu membayar tiket masuk sebanyak ¥ 500.
Di dalam taman ini terdapat sebuah onsen (kolam air panas) yang merupakan tempat monyet-monyet ini memanaskan badan semasa musim salji.






Terdapat juga monyet yang tidak suka berendam semasa musim salji. Kelihatan seekor monyet yang hanya datang untuk minum air.
 

Seterusnya saya berjalan kaki semula ke Kanbayashi Onsen.

  
Kemudian, saya pun menaiki bas ke stesen tren Yudanaka.
Dari Yudanaka saya menaiki tren ke Nagano. Dalam perjalanan, saya terlelap.




2 ulasan

  1. cool !!!!
    saya dtg sini nak tengok kisah monyet comel di onsen tu
    hehe

    BalasPadam
  2. Salam,
    Kalau dari Matsumoto, macam mana nak ke sini jumpa monyet yg cute ni ye? Berapa lama perjlnn ke sana?.Tgh merangka itinerary trip ke sana musim sakura nnti.

    BalasPadam

 

Popular Masa Kini