Ikuti Blog Ini

Hakone Freepass dan Gunung Fuji

Sabtu, 14 Disember 2013

14/12/2013

Awal-awal pagi lagi saya sudah keluar dari hotel kapsul.
 

Jam 7:00 pagi, saya tiba di stesen Shinjuku. Semalam saya sudah membeli Hakone Free Pass yang berharga ¥ 5000. Saya juga telah top-up ¥ 870 untuk membolehkan saya menaiki Odakyu Romance Car. Gambar di bawah ini adalah kaunter tiket yang menjual pass tersebut.
 
Sebelum menaiki tren, saya bersarapan dulu di stesen keretapi ini. Saya dapati, masyarakat di sini selepas makan, mereka membersihkan sendiri meja makan. Saya pun terpaksa mempraktikkannya.

 
Kemudian saya pun ke platform dan menaiki tren Odakyu ini.


 


Jam 7:30 pagi, tren meninggalkan Shinjuku.

Keadaan dalam tren Odakyu Romance Car

 

Lintasan kereta api



Tujuan saya menaiki Romance Car ini adalah membolehkan saya melihat pemandangan sekitar dengan lebih jelas. Sebagai buktinya, saya dapat melihat Gunung Fuji dengan jelas dari dalam tren.


Odakyu Romance Car membawa saya terus ke stesen Hakone-Yumoto. Jam 9:00 pagi saya tiba di sini.
 


Dari sini, saya menaiki tren Hakone Tozan.

 
Keadaan dalam tren Hakone Tozan

Tren membawa kami naik ke kawasan pergunungan dalam keadaan zig-zag.
 


Saya tiba di stesen Gora.


Saya berjalan-jalan di sekitar stesen Gora ini.


Dari Gora, saya menaiki kereta kabel pula.
 

Kereta kabel Gora ini menyerupai keretapi Bukit Bendera.

Keadaan dalam kereta kabel


Dari Gora, kereta kabel membawa saya ke stesen Sounzan.
 

Di Sounzan pula, saya menaiki ropeway.
 
Ropeway ini pula menyerupai kereta kabel di Genting Highlands. Dari dalam ropeway kelihatan dengan jelas Gunung Fuji.

Pemandangan Gunung Fuji dari dalam ropeway

 
 
Ropeway singgah di stesen pertengahan iaitu Owakudani . Saya turun untuk melawat kawasan sekitar.
 

Owakudani ini terkenal dengan kawasan terdapatnya gas gunung berapi.

 

 

 

 
 

 

Dari sini juga kelihatan dengan jelas pemandangan Gunung Fuji.

 
 

 

 

Di Awakudani juga terkenal dengan jualan telur yang direndam dalam cecair gas gunung berapi hingga berwarna hitam ini.
 

Kemudian saya menaiki ropeway semula untuk ke stesen Togendai.

 

 


Dari Togendai, saya menaiki bot menyeberangi Tasik Ashi untuk ke Moto Hakone.
Kira-kira sejam di dalam bot, saya pun tiba di Moto Hakone.

Tiba di Moto Hakone dengan bot



Di Moto Hakone, saya sempat melawat beberapa tempat menarik.
 

 

 

Antaranya adalah lebuhraya lama Tokkaido. Pokok-pokok ditanam di kiri dan kanan jalan untuk memberi shade kepada pemandu suatu ketika dahulu.
Lebuhraya lama Tokkaido

Kawasan perkuburan

Pintu gerbang Moto Hakone


Kemudian, saya menaiki bas ke Hakone Yumoto.


Tiba di Hakone Yumoto

Dari Hakone Yumoto pula, saya menaiki tren Odawara.


Seterusnya, saya bertukar tren pula ke Shinjuku.

Ini adalah malam terakhir saya di Tokyo.
Sebelum tidur, saya bersiar-siar di sekitar Shinjuku Nichome.



6 ulasan

  1. Salam,

    Ringkas tp senang faham perjalanan ni. Saya bnyak baca blog lain tp x berapa nk faham... Kiranya Rizal sampai balik ke Tokyo pukul berapa ya..? Waktu balik tu, tren odawara dan tren ke shinjuku tu free dngn pass atau kena byr lain? TQ

    BalasPadam
  2. وعليكم السلام

    Terima kasih. Sy sampai Tokyo semula dalam jam 6 petang. Yap... Hakone pass tu cover semua perjalanan pegi balik dari Shinjuku. Asalkan mengambil tren Odakyu dari Odawara.

    BalasPadam
  3. Dalam gambar di atas, ada gambar tren Odakyu tersebut.

    BalasPadam
  4. Tq 4 the reply. Ohh..so blh la naik tren free juga. Saya ingt nk ambik fuji hakone free pass supaya blh cover smpai ke kawaguchiko station untk free pick up ke k's house mt fuji. Any commnt about fuji hakone pass tu? Tq again

    BalasPadam
  5. Yup boleh naik tren free jer. Hari tu sy x sempat ke Kawaguchiko sbb kekangan masa. Kalau ada masa lebih, ok gak try ke Kawaguchiko lepas tu ke Gotenba. Kawan saya kata situ kawasan best shopping barang2 branded. Hakone pass tu valid 2 hari.

    BalasPadam
  6. salam.. cover sekali dengan cable car and ropeway tu ke? tket bot and bus macam mana?

    BalasPadam

 

Popular Masa Kini