Ikuti Blog Ini

Meninggalkan Jepun melalui Osaka

Rabu, 18 Disember 2013

18/12/2013 

Hari ini adalah hari terakhir saya di Tokyo. Awal-awal pagi saya sudah check-out hotel dan bergerak ke Stesen Kyoto.
Saya akan menaiki tren Haruka pada pukul 6:22 pagi ke Lapangan Terbang Kansai yang terletak di Osaka.

 

Berikut ini adalah tiket tren yang telah saya tempah pada hari semalam di stesen Kyoto.

 

Tepat masanya, tren tersebut pun tiba di stesen.

 

Sejam lebih perjalanan, saya pun tiba di Lapangan Terbang Kansai.

  

 

 

  

Lega kerana selesai urusan check-in bagasi dan memperolehi boarding pass ini.

  

Kansai adalah lapangan terbang yang terletak di sebuah pulau di tengah laut.
 
Ia dihubungkan ke tanah besar Jepun melalui jambatan ini.

  

Sementara menunggu penerbangan, saya bersarapan. Menjadi budaya masyarakat di sini mengemas meja sendiri lepas makan.

 

Penerbangan saya dijangka berlepas jam 11:00 pagi.

 


Penerbangan saya ke Kuala Lumpur memakan masa 7 jam.

Selama 7 hari 6 malam, saya telah mengembara ke Tokyo (2 malam), Nagano (1 malam), Kyoto (1 malam) serta tidur di lapangan terbang (1 malam) dan tidur di dalam bas (1 malam).

View Larger Map
Saya amat tertarik dengan keramahan dan budi bahasa masyarakat Jepun walaupun mereka kurang fasih berbahasa Inggeris. Saya juga dapati masyarakat Jepun amat mematuhi peraturan dan saya berasa amat selamat selama berada di negara matahari terbit ini. Segala pengalaman akan saya kenang sampai bila-bila.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini