Ikuti Blog Ini

Dari Pantai Timur ke Pantai Barat Selatan Thai

Jumaat, 31 Januari 2014

Dari Nakhon Si Thammarat, saya pun menunggang motosikal ke Krabi. Dalam perjalanan, saya dapati lebuh raya menuju ke utara ditutup oleh sekumpulan penunjuk perasaan. Majoriti mereka memakai baju hitam. Saya perasan ada motosikal yang melalui himpunan tersebut. Saya pun memberanikan diri melaluinya.
 
Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada ketika ini.
 
Lega dapat melepasi kawasan tersebut. Namun saya dapati, lebuh raya lengang akibat penutupan jalan tadi. Berpeluh juga akibat gementar. Dah lah bersendirian di sini. Saya pun memberanikan diri untuk meneruskan perjalanan ke Krabi.
 
Memandangkan saya dari Nakhon Si Thammarat, untuk ke Krabi saya tidak melalui lebuh raya yang biasa dilalui jika dari Dannok. GPS mencadangkan saya menggunakan jalan kampung melalui Khao Phanom untuk situ.
 
Jalan di sini agak berbukit dan bengkang-bengkok.
 
Jam menunjukkan pukul 5:15 petang, saya ada lagi 31 km untuk ke Krabi.
 
Saya singgah di sebuah kafe berhampiran stesen minyak untuk berehat.
 
Jam 6:30 petang, saya tiba di Krabi.
 
Saya dapati kebanyakan lampu isyarat di pekan ini terdapat figura-figura yang menarik.
 
Sekali lagi, GPS tidak dapat mencari lokasi tepat hotel. Saya terpaksa bertanya kepada seseorang akan lokasi hotel. Hari mulai gelap. Saya tiba di hotel dan dapat juga parkir motor di hadapan bilik.
 
Pada sebelah malam, saya mencari makanan muslim. Berpandukan bantuan dari penduduk tempatan, saya menuju ke masjid utama di Krabi. Bersebelahan masjid terdapat banyak kedai makan Muslim.
 
Pembuat roti canai yang peramah.
 
Saya juga sempat membeli Python Rice ini.
 
Rupanya Python Rice ini adalah pulut yang berwarna coklat.
 
Selepas itu, saya pun berjalan kaki ke Masjid.
 
 
Terdapat satu expo di perkarangan masjid.
 
   

Selepas puas berjalan, saya pun kembali ke motosikal saya dan menunggang balik ke hotel untuk berehat dan tidur.
Di bawah ini adalah pelan perjalanan saya hari ini. Saya telah menunggang motosikal dari pantai Timur selatan Thai ke pantai Baratnya.


View Larger Map

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini