Ikuti Blog Ini

Hari 6: Kawasan Berbukit Menuju ke Phonsavan

Selasa, 25 Mac 2014

Hari 6: 25/3/2014
Salah satu destinasi utama dalam Laoride ini adalah Plain of Jars. Untuk ke sana, saya perlu memandu  ke utara iaitu ke Phonsavan. Di bawah ini adalah laluan saya pada hari ini. Perjalanan adalah sejauh 382 km.
 
Berdasarkan rajah di atas, saya cuma ada opsyen "Pratonton" sahaja. Tiada pun opsyen "Mulakan navigasi" seperti semasa saya menggunakan app yang sama di Bangkok. Jadi untuk mengatasi masalah ketiadaan liputan semasa di dalam perjalanan, saya terpaksa screen-shot setiap simpang seperti dalam gambar-gambar berikut.
Setelah bersiap dan mengemas barang, saya pun check-out dari hotel.
 
Sebelum meninggalkan Thakhek, saya ke kawasan riverfront untuk melihat pemandangan Sungai Mekong.
 
Di seberang sungai tersebut adalah negara Thai iaitu bandar Nakhon Phanom.
Selepas itu, saya pun meneruskan perjalanan ke utara menuju ke Phonsavan.
 
Sebaik meninggalkan Thakhek, pemanduan saya melalui kawasan perkampungan. Satu yang menarik perhatian adalah kenderaan yang menyerupai traktor yang diubahsuai menjadi panjang. Kenderaan ini boleh dilihat banyak di Laos dan ia digunakan untuk membawa penumpang, barangan dan juga hasil pertanian.
 
Saya juga dapati di Laos terdapat banyak sungai dan jambatan. Setiap kali melintasi sungai, pasti ada kampung berdekatan.
 
Kemudian perjalanan saya melalui kawasan sawah padi yang sudah dituai.
 
Kebanyakannya dalam keadaan kekeringan kerana sekarang adalah dry season.
Saya juga turut berhenti untuk merehatkan diri setiap 100 km perjalanan.
 
Di pertengahan jalan, saya mengisi minyak Tuxedo sebanyak 36,000 Kip (RM15).
Disebabkan ketiadaan talian telefon, saya merujuk peta manual untuk memastikan perjalanan adalah betul.
 
Kemudian perjalanan saya mula melalui kawasan berbukit.
 
Saya dapat melihat sekali lagi Sungai Mekong di kawasan ini.
 
Perjalanan ke utara juga melalui jalan yang bengkang-bengkok dan agak sunyi.
 
Gambar-gambar di bawah menunjukkan pelbagai bentuk jalan yang saya lalui semasa ke Phonsavan.

Setelah perjalanan agak jauh, saya singgah di salah sebuah kedai yang ada menjual petrol di dalam botol. Harga setiap botol adalah 10,000 Kip (RM4).
 
Saya mengisi sebanyak 3 botol minyak petrol berkenaan.
 
Kemudian saya meneruskan perjalanan dan perjalanan kali ini melalui kawasan berbukit-bukit.
 
Kawasan ini mulai sejuk tambah-tambah semasa tengah memandu.
 
Saya pun mempercepatkan perjalanan agar sampai tidak terlalu lewat seperti semalam. Saya dapati di negara Laos, apabila hari mulai senja banyak serangga menyerupai kelkatu berterbangan. Keadaan ini hanya berlaku dalam tempoh 15 minit.
 
Hari mulai gelap dan perjalanan saya masih lagi jauh. Saya pun menguatkan semangat untuk cepat tiba di Phonsavan dalam kedinginan malam.
 
Lega apabila saya selamat sampai di hotel yang telah ditempah dan pemilik hotel berkenaan membenarkan saya parkir motor saya di ruang tamu hotel tersebut.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini