Ikuti Blog Ini

Hari 7: Plain of Jars dan Menuju Luang Prabang

Rabu, 26 Mac 2014

Hari 7: 26/3/2014
Awal pagi lagi saya sudah bangun dari tidur. Selepas sarapan, saya pun mula bergerak ke kawasan Plain of Jars site 1. Sebelum itu, saya mengisi lagi minyak Tuxedo. Saya mengisi sebanyak 20,000 Kip (RM8)
Sebaik tiba, saya perlu membayar tiket berharga 15,000 Kip (RM6) dan parkir sebagai 3,000 Kip (RM1.50)
 
Di sini juga disediakan kenderaan khas untuk membawa pengunjung ke pintu masuk kawasan Plain of Jars tersebut.


Sebaik tiba, saya perlu melalui kawasan ini untuk kawasan balang tersebut.
 
Sebaik tiba, saya tertarik dengan kawasan berlubang besar ini. Kawasan ini berlubang akibat daripada ledakan bom semasa zaman perang Vietnam dahulu.
 
Kemudian tibalah saya di tempat megalith Plain of Jars.
 
 

Tiada siapapun mengetahui bila dan siapa yang membina balang-balang di kawasan ini. Ada pendapat mengaitkan ia dengan mitos yang mana balang-balang ini adalah kepunyaan gergasi pada zaman dahulu.

Pendapat lain mengatakan balang-balang ini diarahkan pembinaannya oleh raja zaman itu untuk meraikan kemenangan mereka. Di dalam balang-balang ini disimpan makanan-makanan dan sebagainya.

Pendapat lain pula mengatakan balang-balang ini digunakan sebagai tempat persemadian masyarakat zaman itu. Yang mana mayat orang mati dimasukkan ke dalam balang hingga mereput.
 
Satu perkara yang perlu diambil perhatian semasa bersiar-siar di kawasan ini ialah pengunjung perlu berjalan hanya di dalam lingkungan kawasan bertanda putih MAG ini.
 
MAG adalah singkatan bagi Mines Advisory Group. Badan ini bertanggung jawab membersihkan kawasan Plain of Jars dari sisa-sisa bom yang tidak meletup bagi keselamatan pengunjung.
 
Saya turut melalui lorong yang dibina ke kawasan yang lebih tinggi.
 
Dari sini jelas kelihatan lubang-lubang yang terbentuk akibat ledakan bom.
 
Saya juga turut merakamkan gambar panorama di Plain of Jars.
 \
Setelah selesai melawat, saya mengunjungi Plain of Jars Visitors Centre yang memberi maklumat tentang kawasan ini. Paparan di bawah menyatakan bahawa pada tahun 1964-1972, Laos dihujani bom setiap 8 minit selama 24 jam sehari untuk tempoh 9 tahun! Sebanyak 270 juta bom telah digugurkan di Laos yang mana 30% daripadanya gagal meletup.
 
Di bawah ini adalah butir-butir bom yang dikutip dari Plain of Jars sendiri. Sebanyak 127 bahan letupan telah ditemui di Plain of Jars.
 
 
Setelah selesai melawat, saya pun kembali ke hotel dan bersedia untuk check-out bagi perjalanan seterusnya.
Selepas check-out, saya singgah di bank ini untuk menukar wang Baht kepada Kip.
 
Sebelum meneruskan perjalanan ke Luang Prabang, saya mengisi sekali minyak Tuxedo hingga penuh. Gambar di bawah menunjukkan stesen minyak Lao State Fuel. Harga seliter adalah 10,330 Kip (RM4.20).
 
Saya mengisi sebanyak 25,000 Kip (RM10).
Kemudian saya meneruskan perjalanan meninggalkan Phonsavan menuju ke Luang Prabang. Perjalanan adalah sejauh 263 km.
 
Perjalanan kali ini banyak melalui kampung-kampung dan jalan raya yang bengkang-bengkong.
 
 
Sejam perjalanan, saya singgah di salah sebuah kedai di satu kampung untuk berehat.
 
Saya juga tertarik dengan pemandangan semasa perjalanan mula mendaki kawasan pergunungan.
 
 
Di bawah ini pula adalah pemandangan semasa melalui kawasan-kawasan kampung. Kampung di sini berjajaran di sepanjang jalan dan terletak berdekatan antara satu sama lain.
Jika semalam saya mengisi petrol yang dijual di dalam botol, hari ini pula saya mengisi minyak yang dijual dari pam di salah sebuah kampung yang dilalui.
 
Perjalanan hari ini banyak mendaki dan menuruni kawasan pergunungan.
 
 
 
Semasa melalui kawasan kampung, saya sempat merakamkan gambar-gambar masyarakat di situ.
 
Rata-rata mereka sangat peramah.
 
Di pertengahan perjalanan, saya ternampak papan tanda yang mengalukan kedatangan ke wilayah Luang Prabang.
 
Akan tetapi, jarak ke pekan Luang Prabang masih lagi jauh.
 
Jam 6:45 petang, hari mulai senja.
 
Ketika melalui kawasan perkampungan di sini pada waktu senja, masyarakat sekitar sibuk dengan aktiviti mandi, memasak dan sebagainya. Jalan-jalan di kampung mulai sibuk dengan orang yang lalu-lalang.
Saya nekad meneruskan perjalanan dalam kegelapan malam menuju ke Luang Prabang.

Saya lega kerana akhirnya saya selamat tiba di Luang Prabang. Setibanya di pekan ini, saya terus ke guest house yang sudah ditempah.
Klip video di bawah dirakam semasa saya dalam perjalanan ke Luang Prabang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini