Ikuti Blog Ini

Hari 8: Eksplorasi Luang Prabang dan Menuju Vang Vieng

Khamis, 27 Mac 2014

Hari 8: 27/3/2014
Sebaik bangun dari tidur dan bersarapan ringkas, saya pun memanaskan enjin Tuxedo dan bersiap untuk eksplorasi Luang Prabang. Tempat pertama yang saya singgah adalah stesen minyak. Saya mengisi sebanyak 41,000 Kip (RM17)
Di Luang Prabang juga terdapat Sungai Mekong.
Antara tempat pertama yang saya lawati di Luang Prabang adalah old town nya. Disebabkan hari masih awal pagi, kebanyakan kedai masih lagi ditutup.
Setelah membeli sedikit cenderamata, saya meneruskan perjalanan ke Kuang Si waterfall. Dalam perjalanan, saya tertarik dengan mesin ATM di dalam sebuah pondok di tepi jalan.
Air terjun Kuang Si terletak lebih kurang 30 km dari pekan Luang Prabang dan melalui kawasan perkampungan.
 
 
Sebaik tiba di kawasan air terjun ini, saya membayar tiket masuk berharga 10,000 Kip (RM4) dan tiket parkir motosikal berharga (RM1.50). Sebelum tiba di kawasan air terjun, terdapat satu kawasan pemeliharaan beruang.
 

Tidak jauh dari situ, terletaknya air terjun Kuang Si yang berwarna hijau.
Kelainan air terjun ini adalah airnya yang berwarna biru turquoise.
 
Setelah berehat, saya kembali ke pekan Luang Prabang. Dalam perjalanan balik ke pekan, saya singgah berhenti minum kopi di salah sebuah kedai makan di tepi Sungai Mekong.
 
Antara tempat yang saya lawati adalah Wat Xieng Thong. Wat ini adalah merupakan kuil utama di dalam masyarakat Lao.
 
Di bawah ini adalah beberapa gambar yang saya ambil semasa di pekan Luang Prabang.
Selepas itu saya kembali ke guest house dan check-out untuk bergerak pula ke Vang Vieng. Sebelum balik, saya singgah makan tengah hari di satu restoran halal di pekan Luang Prabang.
Saya memilih makanan Nasi Goreng mutton.

Selepas makan, saya isi lagi minyak Tuxedo. Saya mengisi sebanyak 17,760 Kip (RM7).
Saya pun meneruskan perjalanan ke Vang Vieng. Jarak ke sana adalah 187 km. Kali ni saya bergerak ke selatan.
 
Awal perjalanan, saya melalui kawasan hutan yang kekeringan.
 
Dalam perjalanan, barulah saya temui papan tanda arah. Papan tanda arah seperti ini jarang ditemui di Laos. Atas sebab itulah saya amat bergantung kepada GPS.
 


Perjalanan kali ini juga melalui kawasan pergunungan.
 
Berbanding semalam, bilangan kampung yang ditempuhi agak sedikit dan terletak jauh antara satu sama lain. Saya turut singgah di sebuah kedai di tepi jalan untuk berehat dan membeli air.

 
Jika semalam kebanyakan sawah padi sudah kering, perjalanan hari ini melalui kawasan sawah yang masih menghijau.
 
Perjalanan melalui kawasan jalan yang bengkang-bengkok dan banyak mendaki dan menuruni lurah.


Di pertengahan perjalanan, saya tertarik dengan kawasan pergunungan yang suasananya dingin. Dari sini saya dapat melihat jalan raya yang telah saya lalui tadi.
 
Menjelang pukul 6:15 petang, hari mulai senja.
 
Ketika hari sudah mulai gelap, saya masih lagi dalam perjalanan ke Vang Vieng.
 
Jam 9:00 malam, saya pun tiba di Vang Vieng.
 
Dalam kegelapan malam, saya mencari hotel yang telah saya tempah. Lega akhirnya dapat check-in.
 
Selepas berehat, saya bersiar-siar di pekan Vang Vieng. Saya dapati pekan di sini masih lagi hidup dengan kebanyakan kedai masih dibuka.
 
Selepas minum malam, saya pun kembali ke hotel dan tidur.
  

Di bawah ini adalah klip video perjalanan saya dari Luang Prabang menuju ke Vang Vieng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini