Ikuti Blog Ini

Bermulanya KSR 3

Sabtu, 29 November 2014

Hari Pertama (10/12/2014)
Hari ini saya memulakan kembara bermotosikal saya yang ketiga selepas kembara yang lalu iaitu Laos. Seawal jam 6:30 pagi, saya meninggalkan Ipoh dan menuju ke utara.




















Disebabkan semalaman tadi hujan telah turun, perjalanan pagi ini agak dingin dan beberapa kawasan diselubungi kabus.










Saya turut mengisi minyak RM11 di Shell Juru







Perjalanan pagi ini agak lancar, dan saya tiba di Changlun lebih kurang jam 11:00 pagi. Seperti biasa, saya membeli insurans Thai untuk motosikal saya. Disebabkan perjalanan kali ini turut memakan masa lebih daripada seminggu, saya terpakssa membeli insurans untuk tempoh sebulan yang berharga RM36.






Selepas itu saya menukar wang ke Baht Thailand. Disebabkan mata wang ringgit agak rendah pada ketika ini, bagi RM10, saya hanya mendapat 94 Baht. Saya juga turut mengisi minyak di Caltex Bukit Kayu Hitam sebanyak RM10.




Kemudian, saya meneruskan perjalanan ke pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam. Disebabkan hari ini bukan hujung minggu, maka urusan imigresen agak cepat. Tidak banyak motosikal yang lazimnya bersusun pada hujung minggu.











Sebaik masuk Thailand, saya meneruskan perjalanan ke Stesen Keretapi Hatyai.






Sebaik tiba di stesen, suasana motosikal lengang di pintu sempadan, rupanya tidak sama di sini. Kelihatan motosikal berkuasa tinggi bersusun untuk dihantar ke Bangkok.






Saya pun masuk ke bahagian penghantaran barangan melalui gerabak kargo. Wanita yang bertugas, menyatakan bahawa motosikal saya tidak dapat dihantar pada hari ini. Saya merayu kepadanya sambil menyatakan bahawa motor saya bersaiz kecil, jauh lebih kecil dari motorsikal di luar sana. Mungkin bersimpati, beliau meminta saya membawa masuk motosikal saya ke dalam. Lega.

Selepas melihat motosikal saya, beliau meminta geran dan pasport saya. Kelegaan yang kedua. Yeah, motor saya dapat dibawa ke Bangkok hari ini.

Di bawah ini adalah gambar luggage ticket. Harga untuk membawa motosikal saya dari Hatyai ke Bangkok adalah 916 Baht.



















Memandangkan tren saya berlepas pada jam 6:10 petang, saya meluangkan masa dengan berjalan-jalan di sekitar bandar Hat Yai dan turut top-up untuk akses internet.














Selepas itu, tren kembali ke stesen dan dapati motosikal saya tiada di stesen. Mungkin sudah diangkut menggunakan kereta api gerabak biasa.







Tren saya ke Bangkok ini adalah tren bernombor 38. Walaupun gerabaknya bermula dari Hatyai, tetapi ia perlu bersambung dengan tren dari Sungai Kolok. Kelazimannya tren dari Sungai Kolok ini akan tiba agak lewat. Pada hari ini tren tersebut tiba jam 7:30 malam.





Saya berasa lega dapat berehat di dalam kereta api.





















Location:อ.ชะอำ,Thailand

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Popular Masa Kini